Thursday 9 August 2012

* Mencari Malam Lailatul Qadar *



Tadi baca entry blog kawan baik aku Blog Miss Senget tentang puasa..
 Sedar tak sedar hari ni dah masuk 21 hari kita berpuasa
maknanya lagi 9 hari kita akan menyambut 
Hari Raya Aidilfitri.. Insyaallah....
Jadi kita dah termasuk dalam 10 akhir Ramadan
Kerana salah satu dari malam tersebut kita 
di beri BONUS oleh Allah swt 
iaitu malam Lailatulqadar..
LailatulQadar merupakan malam terbaik 
Di umpamakan seribu bulan..
Daripada Aisyah r.a. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda :
"Berusahalah untuk mencari Lailatul Qadar pada malam
yang ganjil dari sepuluh malam terakhir
di bulan Ramadan.
(Al-Bukhari)




1. Malam Lailatul qadar adalah satu malam yang paling istimewa yang ditunggu-tunggu oleh semua umat Islam. Ia merupakan satu malam yang penuh rahmat dan nikmat yang paling besar daripada Allah S.W.T. 

2. Umat Islam hendaklah mengambil peluang ini dengan berusaha bersungguh-sungguh memperbanyakkan amal ibadat di malam yang kesepuluh akhir bulan Ramadhan iaitu dengan mengerjakan sembahyang terawih, membaca Quran, berzikir dan sebagainya kerana sesungguhnya Allah S.W.T. akan memberi keampunan bagi mereka yang menghidupkan malam tersebut 

3. Lailatul Qadar adalah tanda kasihnya Allah kepada hambanya yang beriman dan beramal soleh yang beribadah semata-mata mengharapkan keredaan dan keampunan dari-Nya.

4. Berlakunya malam Lailatul Qadar itu hanya Allah sahaja yang mengetahuinya, bila masa dan kepada siapa yang dapat dari kalangan hamba-hambanya yang dikehendakinya.







Sama-sama lah kita mencari malam lailatul qadar..







2 comments:

  1. Alhamdulillah, Abe dah singgah & pollow sini dah dari www.queachmad.com

    Terima kasih, Jasamu Dikenang :)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah... terima kasih byk2 Abe sudi singgah n follow blog yg x seberapa ni.... terharu.....

    ReplyDelete